KEH!DUPAN...
Apabila berbicara tentang hidup dan perkara masa hadapan sama ada gelap atau cerahnya kehidupan seseorang insan itu, ramai yang salah mentafsir dengan mata kasar yang tiada upaya dalam mentafsir nilai ilmu yang diibaratkan setitis air dilautan.
Ilmu ini milik Allah, ketika usia mencecah belasan tahun, begitu hebat berbicara tentang itu dan ini, Sehingga timbulnya unsur-unsur kepalsuan yang tercermin dikala, termenung kembali setalah puas berbicara kepada sesiapa sahaja hanya demi untuk menegakkan sedikit pengalaman dan perolehan ilmu yang bersifat kecil vakumnya.
Ketika dianjak kematangan dalam usia 16 dan 17 tahun, hati muda mana yang mampu untuk tidak tertarik pada metarialistik yang muncul ketika minda dan akal masih dalam tumbesaran, hati yang berisi amarah lebih maju terdidik untuk menguasai segala takhta hati. Bergelumang dengan dosa dan noda begitu mudah terperoleh dan tertanam dengan kemas dan tersemai pelbagai peribadi yang runtuh dikala itu telah melahirkan ramai sekali pendusta agama.
Kemudian hidup ini penuh doa dan harapan dari insan sekeliling dan kita akhirnya berusaha atas doa mereka dan kita terus merangka dunia kita yang lebih maju. Namun dalam kesempurnaan perjalanan kemajuan itu, masih ada yang pasif rupanya. Bukan kejahatan yang membelenggu, namun cerita lain bermula. Permikiran menjadi cerita, tindakan itu pula menjadi berbeza.
Menceritakan kehidupan manusia memang tiada yang sempurnanya. Cubalah lihat kepada rentetan hayat kita selama selama hidup ini, pasti ada perkara yang terlepas untuk kita berfikir bersama...
Carilah kebaikan dilorong yang kelam walau hanya bebekalkan dengan pelita....