CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

..nice..

22 December 2012

KaTa MaaF

MAAF

Dalam hidup ini setiap orang pasti pernah melakukan kesalahan, baik kesalahan kecil mahu pun besar. Kadang-kadang kesalahan itu datang dengan sendirinya dan kadang-kadang dari kesilapan kita juga. Kita sebagai manusia tidak lari daripda melakukan kesalahan, ada ketikanya kita merasakan yang diri kita hebat,besar dan tidak perlu mengucapkan kata-kata maaf. Mengucapkan kata-kata maaf memang agak sukar bagi sesetengah orang. Tapi jika kita ingin dihormati oleh orang lain, maniskan mulut,lapangkan dada, dan ucapkan kata maaf dengan keikhlasan yang menebal didalam hati..Tetapi awas jangan disalah gunakan dengan kata-kata maaf itu sebagai cara untuk menunjukakan bahawa kita adalah orang yang baik dipandangan mata orang lain walaupun pada hakikatnya adalah sebaliknya.

RAHSIA HATI

Assalamualaikum dan selamat petang semua...Petang2 macam nie tergerak hati pula nak tulis tentang rahsia hati.. Entah kenapa makin jauh aku berlari, makin dekat dia menghampiri. makin cuba aku melupakannya, makin kuat pula ingatan aku padanya.. "YA ALLAH..sedarkanlah aku bahawa perbuatan ini adalah sia-sia dan boleh mengundang dosa"...

Mungkin orang akan mengatakan aku ego, ego kerana tidak mahu mengatakan hasrat hati padanya.  Tetapi biarlah aku melepaskan rasa hati cinta,rindu dan kasih itu hanya untuk ALLAH SWT sahaja kerana hanya DIA yang selayaknya tempat aku melepaskan rahsia hati ini. Walaupun kadang2 hati dan perasaan bersatu rasa membuatkan aku resah,rindu dan sayu apabila teringatkan akan dirinya..Tetapi aku harus menerima hakikat bahawa dia bukan milikku tetapi dia milik ALLAH yang SATU...

Biarlah sampai masanya,pintu hati diketuk lagi...namun apakah diduga hadirnya 'dia' yang ku harap.??... muhasabah diri...bukankah cinta ALLAH itu lebih manis dan indah?? Jangan terlalu diikutkan FITRAH seorang insan itu..sampai masanya pasti ketemu jua...INSHA-ALLAH..Aminn..

8 December 2012

Cinta-MU ke Syurga

Assalamualaikum..entah mengapa petang2 begini teringatkan seseorang... dia mudah dihampiri oleh sesiapa sahaja, disebabkan oleh sikapnya yang peramah,kelakar dan selumber badak tu...hehe... Dia juga lebih mesra dengan kawan2 aku yang lain.

Tapi aku tidak marah....Aku tidak cemburu... kerana kau bukan hakku..
Kadang-kadang ini kelemahanku sebagai manusia biasa.... Sungguh senang untuk jatuh cinta... Dan memang tidak dinafikan disaat ini ada sedikit cinta dihatiku untukmu.... 


Aku teringin kau mengetahui apa yang ada dalam hatiku saat ini... Tapi biarlah DIA yang lebih mengetahui apa yang wujud di dalam hatiku saat ini sedangkan Dia yang menjadikan hati dan DIA juga yang mewujudkan perasaan itu.. 

Tapi sekali lagi, kau milik ALLAH, bukan milikku.... Jadi biarkan cinta ini kupendam di dalam hatiku.... Dan cukuplah aku mencintaimu dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan... Kerana aku yakin tiada yang tahu rancangan ALLAH... Mungkin rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan-lahan...


 YA ALLAH, Tak Perlu biarkan hatiku tertambat pada cinta yang belum tentu menjadi milikku... 
Tenangkan diriku yang terbuai akan cinta palsu... Sucikan nuraniku yang terbelenggu oleh nafsu... Bersihkan batinku yang ternoda oleh angan dan harap.. 



YA ALLAH...leraikanlah dunia yang hinggap dalam hatiku... kerana di situ aku tak mampu mengumpul dua cinta... Hanya CinTaMu YA ALLAH yang kuharap, kerana cinta pada-Mu Sampai Ke Syurga.. [♥_♥]

2 December 2012

CINTA DAN COUPLE

Assalamaualaikum..hai semua, dah lame xupdate blog nie..xada mase kot..hehee.skrg pon tengah exam nie..hope rslt nnti meletop la kan..tapikan kalau nak dapat rslt meletop stdy pon kene la mantop..hehe..eh2x..jap2 sbnrnye bukan nak cite pasal exam tapi nak cite tntg ape yang aku paham tentang CINTA dan COUPLE....

Sebenarnye ramai yang salah faham tentang konsep COUPLE dan BERCINTA … Couple itu haram kerana couple itu berdua-dua…Nak pergi mana2 berdua-dua, nak buat sesuatu berdua-dua, semuanye berdua-dua dengan pasangan... BERCINTA tak salah kerana CINTA ITU FITRAH manusia, tapi kene pastikanlah supaye yang FITRAH itu x menjadi FITNAH kan. Bercinta x semestinya perlu COUPLE… Bercinta boleh tetapi kalau budak2 sekarang bercinta jer mesti nak pegang2 dan nak dating2, itu yang jadi x boleh. Memang setiap manusie ingin mencintai dan dicintai, inginkan belaian tapi tidak semestinye kene couple.

Sebab itu bila hadirnye seseorang lelaki yang ajak aku couple, aku menolaknya...walaupun sebenarnye aku sayang,suke dan maybe cinte kat die..tetapi aku xnak dengan hanye perasaan itu wujud dalam hati nie dengan senang hati je aku terime dan bercouple dengan die...bagi aku rase kasih sayang itu adelah perasaan yang murni, tetapi jike bercouple yang murni akan menjadi hening, yang suci akan menjadi keji..nauzubillah...

Pesanku kepada sahabat2, cintailah sesiapa yang kau mahu, tetapi ingat cuba kawal diri dan perasaan elakkan daripada bercouple...BERCINTA DALAM PERSAHABATAN pun boleh kalau nak...Kalau bercouple akan banyak rase kecewe daripada gembire, gembire hanya seketike jer, lepas 2 mula la ade jer yang x kene...

INGAT..!! ELAKKAN DARIPADA BERCOUPLE..!! mencintai x semestinye memiliki, memiliki x semestinye dia hak kite, dan hak kite x semestinye die akan kekal untuk kite selame2nye...