Assalamualaikum dan selamat petang semua...Petang2 macam nie tergerak hati pula nak tulis tentang rahsia hati.. Entah kenapa makin jauh aku berlari, makin dekat dia menghampiri. makin cuba aku melupakannya, makin kuat pula ingatan aku padanya.. "YA ALLAH..sedarkanlah aku bahawa perbuatan ini adalah sia-sia dan boleh mengundang dosa"...
Mungkin orang akan mengatakan aku ego, ego kerana tidak mahu mengatakan hasrat hati padanya. Tetapi biarlah aku melepaskan rasa hati cinta,rindu dan kasih itu hanya untuk ALLAH SWT sahaja kerana hanya DIA yang selayaknya tempat aku melepaskan rahsia hati ini. Walaupun kadang2 hati dan perasaan bersatu rasa membuatkan aku resah,rindu dan sayu apabila teringatkan akan dirinya..Tetapi aku harus menerima hakikat bahawa dia bukan milikku tetapi dia milik ALLAH yang SATU...
Biarlah sampai masanya,pintu hati diketuk lagi...namun apakah diduga hadirnya 'dia' yang ku harap.??... muhasabah diri...bukankah cinta ALLAH itu lebih manis dan indah?? Jangan terlalu diikutkan FITRAH seorang insan itu..sampai masanya pasti ketemu jua...INSHA-ALLAH..Aminn..



No comments:
Post a Comment