CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

..nice..

31 October 2011

CoReTaN UnTuK SaHaBaT Ku

SAHABATKU..!!


Aku faham, kadang-kadang kehidupan ini tidaklah seindah yang di bayangkan. Kecewa dalam hidup, lebih-lebih lagi dalam percintaan ianya membuatkan kite stress..


     Tetapi sahabatku yang tidak mampu untuk memahami, mengapakah hati kau terlalau rapuh dan lemah dengan cinta. Apabila di tinggalkan si dia, kau menangis,meratapi bagai nak gila seumpama dunia ini tidak bererti lagi buatmu. Sahabatku dengarlah.! kumbang bukannya seekor, bunga bukannya sekuntum, patah tumbuh hilang pasti berganti. Apa yang kau kesalkan? Memang sudah ditakdirkan jodohmu bukan dengannya, tidak perlulah kau merasakan bahawa hidup ini akan sia-sia tanpanya.  Tidak perlu juga kau membazirkan air matamu kerana jodohmu telah tertulis di sana sejak azali lagi.



Sahabatku..mungkin hari ini Allah temukan kau dengan orang yang menyakiti hatimu sebelum DIA temukan kau dengan seseorang yang baik hatinya, menjagamu dengan baik. Sebenarnya sahabatku kau terlalu mengharapkan si dia dalam hidupmu kononnya ingin mengisi kekosongan hati mu. Sahabatku fikirlah kau bukan lagi anak kecil yang perlu ditatang dan dibelai. Cubalah kau menjadi dewasa.. Sahabatku..tidak perlu kau terburu-buru mengejar si dia atau mengejar cinta yang belum pasti menjadi milikmu. Ingat sahabatku "Mencintai bukan bermakna memiliki, Memiliki bukan bererti dia hak kamu, dan Hak kamu bukan bermaksud dia akan kekal dengan mu".




Sahabatku...cubalah dewasakan pemikiranmu, cubalah matangkan dirimu bahawasanya cinta yang sepatutnya kau cari dan kejar adalah cinta kepada Yang Maha Esa. Kerana DIAlah cinta utama yang perlu kau miliki, sebelum memiliki cinta manusia..Jika kau temui cinta itu Insya-Allah kau mudah mendapat cinta manusia yang kau harapkan dan akan kekal abadi sampai syurga. Insya-Allah..Aamiin... 

No comments:

Post a Comment