CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

..nice..

30 October 2011

KESEDIHAN..

Biar setinggi mana ombak DUGAAN melanda
Biar seganas mana badai MASALAH menghempas
Tanamkanlah sauh KETETAPAN IMAN 
Agar tidak berganjak HALUAN...


Kenapa kita bersedih??

Kenapa kita bersedih tetapi bukannya bergembira??. Perasaan ini lahir dari jiwa yang kacau..bukan kita mengundang bukan jua kita menjemput. Tetapi ianya hadir dengan sendirinya apabila sesuatu perkara yang membuatkan timbulnaya perasaan itu berlaku dalam hidup kita. Ketika sedih datang mengamik kenapa hanya kematian sering terbayang diminda? Adakah dengan kematian kita dapat melarikan diri daripada sedih itu? Kenapa diri kita murah benar mengalirkan air mata?? Dan kenapa tiap titisan air mata yang gugur itu menambah keperitan dan kesakitan didalam hati? Apa yang perlu kita lakukan untuk menghilangkan rasa itu??




Jawapannya...


Kita sebenarnya perlukan sedih itu.. Perasaan sedih itu adalah fitrah manusia dan ALLAH tidak akan sengaja menciptanya kalau kita tidak perlukannya..Perasaan sedih.kecewa, hampa dan apa saja perlu buat kita..Tetapi apa yang perlu kita jaga adalah jangan melarutkan diri kita ke dalam cairan masalah itu melebihi had yang sepatutnya... La tahzan!! jangan bersedih kita ada Allah..segala kesedihan,kekewewaan dan kekacauan itu mengadulah kepadaNYA. menangislah dihadapannya merayulah dan merintihlah segala-galanya kepada DIA. Insya-Allah, DIA pasti mendengar. Berdoa agar perasaan itu akan hilang dan digantikan dengan perasaan gembira...


Jika kau bersedih jangan campakkan dirimu ke lembah yang akan merosakkanmu. Ingat apa jua perasaan yang menimpa kita adalah ujian dari Allah. Bahkan baginda nabi Muhammad SAW juga pernah bersedih dan menitiskan air mata tatkala Baginda kehilangan anak baginda..


Cuba kita bayangkan jika perasaan sedih ini tidak wujud dalam diri kita..Sudah pasti apabila melihat seseorang yang melakukan dosa didepan mata kita, tidak ada perasaan sedih itu dalam diri kita untuk menolong si dia yang berkemungkinan akan ke neraka disebabkan perbuatannya itu.. Adakah kita hanya mampu melihat tetapi tidak cuba membetulkan si dia? Tidakah itu perbuatan zalim kita terhadap si dia?


Apa yang penting kesedihan kerana mengenang segala dosa-dosa yang kita lakukan itulah yang terbaik, apatah lagi dengan linangan air mata yang takut akan balasan Allah..


WALLAHUALAM BISSAWAB.....



No comments:

Post a Comment