CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

..nice..

29 October 2011

PEMERGIANMU...



Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya ALLAH yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu



Pada tanggal 29.04.2003 seorang insan yang bergelar bapa kepada 9 orang anak telah pergi buat selama-lamanya...sedih,kecewa,hampa dan sengsara jiwa ini tika itu..dunia ini ku rasakan gelap gelita..tiada lagi semangat untuk hidup seakan aku juga mahu mati....abah.. saat akhir aku mengucup dahimu yang sejuk, pucat lesi tanpa darah..saat itu aku rasakan aku tidak rela melepaskan bibirku dari dahimu..abah seumur hidupku itulah saat pertama dan yang terakhir aku mengucupmu..wajahmu sangat tenang abah walaupun derita kesakitan yang kau tanggung tidak terkata...kini segala kesakitan itu telah pun berlalu dan kau tenang disana..abah aku lihat diwajahmu ada sebaris senyuman tanda kita berpisah..aku percaya abah kau adalah insan yang mulia..


Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan


Abah..Ketikaku merenung wajahmu dan senyuman itu saat akhir abah..aku teringat kata2 maksu yang pergi melihatmu di hospital mengatakan kau hanya tersenyum memandang mereka sedangkan tika itu kau menanggung kesakitan yang hanya dapat dirasakan olehmu sahaja..abah mengapa kau setabah itu abah..jika anakmu ini berada ditempatmu adakah aku akan sekuat dan setabahmu abah??..abah..kau pergi disisi isterimu tanpa ada anak2 yang menunggu..abah..!!!kenapa pergimu tidak menunggu kami?? kenapa abah??kau pergi tika kami anak2mu tiada disampingmu...aku menyesal ya sangat2 menyesal tika saat2 akhirmu kami anak2 mu tidak disampingmu memberi kekuatan kepadamu..tetapi segala yang berlaku hanya DIA yang tahu..kau pergi disamping isterimu..kau pergi disisi cintamu abah..mungkin kau mahu berada disamping isterimu sahaja tika itu abah..kami pasrah abah..



Rapuh jiwaku bersimpuh
Pada pusara di suatu senja…
Semilir angin hanyutkan rinduku
membawa resahku semakin dalam
Jauh semakin dalam




Abah...dengan mataku ini aku melihat mereka mengusung dan memasukkan jasadmu ke dalam lubang liang lahat...lubang yang akan menempatkan mu untuk selama-lamanya..abah.. saat itu aku rasakan aku mahu terjun dan aku mahu ditanam bersama-samamu abah..orang kata perempuan tidak digalakkan pergi ke kubur..tetapi saat itu aku masih kecil yang aku tahu, aku mahu melihat saat2 akhir jasadmu dimuka bumi ini sebelum ditanam oleh mereka..aku mahu menghalang perbuatan mereka tapi aku tidak terdaya abah..kakiku seakan melekat di tanah,air mataku seakan kering..aku hanya mampu melihat jasadmu tengelam ke dasar perut bumi...


Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa




Abah sesungguhnya pemergianmu tanpa rela..aku memikirkan kehidupanku jika kau tiada disisi..adakah aku membesar dengan kurang kasih sayang? adakah aku membesar dalam keadaan yang naif? adakah aku akan menjadi manusia yang teruk akhlaknya tanpa bimbinganmu disisiku?



Tetapi sebenarnya abah..aku lupa, aku lupa yang aku masih ada keluarga, aku ada abang2 kakak2 dan yang paling penting, aku masih ada seorang emak yang bakal mengambil tugasmu..abah..mak seorang yang tabah..di hari pemergianmu mak kelihatan tenang dah pasrah..tetapi abah kenapa dengan sikap yang ditunjukkan oleh mak itu ada yang menuduh bahawa mak lebih suka abah pergi? sungguh aku tak dapat terima semua ini..kenapa mak dicerca,dihina tika saat2 dia berpisah denganmu?? tapi abah mak seorang yang kuat mak harungi segala rintangan itu semata2 membesarkan kami adik-beradik yang masih kecil..



Abah…..
Masih terngiang dalam benakku
Saat terakhir kau genggam tanganku
Kau berbisik lemah….sangat lemah……
Agar aku tidak menangis lagi




Abah kini anakmu semakin dewasa,kini anakmu sudah dapat menerima pemergianmu..tetapi tangisan ini tidak dapat aku hentikan...aku tahu setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya...abah tidak perlu risau kerana kami hidup bahgia sekarang..akak2 dan abang2 sudah berjaya walaupon tidak kaya-raya..tetapi alhamdulillah semuanya cukup untuk kami..abah pemergianmu mendewasakan kami, daripada manja dan tidak pandai menguruskan diri sendiri kepada pandai berdikari sendiri..



Abah……
Aku berjanji, akan slalu melanjutkan harapanmu
Dan tetap berdiri Tegar, meski karang menghadang
Selamat Jalan abah…..
Semoga engkau bahagia di Sana…
Amin…




Abah kami redho dengan pemergianmu itu abah..kami anak2mu mendoakan agar kau aman,tenang dan damai disana..abah moga kau ditempatkan bersama2 orang yang beriman...


Setangkai doa dan fatihahku kirimkan untukmu...


AL-FATIHAH..!! buat abah yang tersayang.... :-(






4 comments:

  1. sbar2 zue :) !ALLAH lbih sygkn ayg awk..moga dia ditmpatkn di klngn org2 yg beriman :) AMINNNNNNNNN

    ReplyDelete
  2. trime kasih Ilah..insya-ALLAH amin...

    ReplyDelete
  3. :) ! awk tak akn rse ksunyian..sy dgn kwan2 yg lain sntiase bsame dgn awk...mgkin sy jga akn mngalami situasi yg same cme mse je blom tbe lgi..sy tak tau yg sy akn stbh awk nnti :(..sbr k..

    ReplyDelete
  4. sabar zue! al - FATIHAH utk arwah ayah awk,, semoge ditempatkan bersame golongan org2 yang beriman,

    ReplyDelete